Monday, July 14, 2008

Selamat Pengantin Baru - Niza & Eddie




Pada tanggal Julai 13 2008, tepat pukul 10.00 malam bertempat di Masjid Az-Zubair Cheras, Noraniza AKA Yong (sepupu Honey) dan Firman Eddie telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Anak sulung Pakcik Anuar dan Makcik Piah ini kelihatan menitiskan air mata sayu bercampur gembira setelah Eddie melafazkan akad nikah yang diakadkan sendiri oleh Pakcik Anuar.


Selepas majlis tersebut, Yong mencemar duli menziarahi Hanum yang tidak dapat hadir ke majlis akad nikah beliau lantaran tak sihat. Selamat pengantin baru dan moga mereka bahagia ke anak cucu, Amin.

p/s : cameraman pada malam itu ialah En. Kamal Bin Hj Ahmad

No comments: