Saturday, May 31, 2008

Selamat Pengantin Baru - Wan Roslan

Sahabat serta merangkap saksi kawin aku dulu iaitu Encik Wan Roslan AKA Sele telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada hari ini. Perkenalan di atas bas dengan pasangannya Fatiha telah berjaya mengikat mereka ke jinjang pelamin.

Sahabat2 JENAN telah bersetuju untuk menghadiahkan hadiah perkahwinan kepada Sele iaitu pakej berbulan madu di Coral View Resort Pulau Perhentian, Terengganu. Antara kengkawan yang memberi sumbangan ialah Kamal, Chong, Mejoe, Amir, Haswee, Mesoul, Faissal Ikan, Osman Hasan, Fitry Aziz, Zul Korok dan Pok Nik. Sahabat lain yang turut menyumbang ialah Cikgu Tuan Juhaida dan Zaki dari Switzerland.

Sele & Kamal


Sele & Inspektor Mejoe


Sele & Zul Korok


Semoga Sele berbahagia hingga ke anak cucu. Tahniah!

Tuesday, May 13, 2008

Mother's Day at Chicken Hartz

Bersempena dengan Mother's Day dan jugak bersempena aku dah dapat claim, kitorang ke Sunway Pyramid untuk mentangkedarah kat Chicken Hartz Buffet. Antara peserta makan sampai kenyang ialah aku, Anjah, Anum, Danish & Iman. Yang diraikan Honey & Mak juga mengambil bahagian. Pemenangnya tidak lain dan tidak bukan, Anjah!
















Friday, May 9, 2008

Angkasawan Negara Ke-3 Ditemui!

Dr. Faiz dgn Angkasawan Ke-3!



Aku mula2 malas la nak nampak jakun sangat bila tau mamat ni mai opis aku. Kang cam apa plak kan? The fact that all the girls at our office was excited about him coming is already bad enough and so I thought. Tapi tiba2 bile dia dah nak blah n comes the photo session, to #*%# with it la kan? Better having a photo posing next to an astronaut rather then any other AF artist ke apa ke kan? Haha


Yang opismate aku ni lagi la. Bila dia tengok budak2 ni semua amik gambar, dia pon sibuk kuarkan handset dia nak amik gambar. Bila kluar dari meeting room, he was like :

"Weh bro, sapa tu ek?" Aku gelak gile. "Lor, ko tatau ke? Angkasawan Negara la weh, Dr. Faiz". "Haaaa, Dr. Faiz? Angkasawan mana lak ni?" "Laa biar benar, Angkasawan kedua la. Serius, ko tatau? Abeh tu yg ko sibuk2 pi posing n amik gambar tu naper?" Dia jawab, "Dah aku tengok smua budak opis dok sibuk amik gambar, aku pon join je la.


Not everyone fancy our national angkasawan, at least. Sigh.


p/s: Dr. Faiz was actually at our office to try his hands-on at our simulators from our testing and simulation department.