Saturday, May 31, 2008

Selamat Pengantin Baru - Wan Roslan

Sahabat serta merangkap saksi kawin aku dulu iaitu Encik Wan Roslan AKA Sele telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada hari ini. Perkenalan di atas bas dengan pasangannya Fatiha telah berjaya mengikat mereka ke jinjang pelamin.

Sahabat2 JENAN telah bersetuju untuk menghadiahkan hadiah perkahwinan kepada Sele iaitu pakej berbulan madu di Coral View Resort Pulau Perhentian, Terengganu. Antara kengkawan yang memberi sumbangan ialah Kamal, Chong, Mejoe, Amir, Haswee, Mesoul, Faissal Ikan, Osman Hasan, Fitry Aziz, Zul Korok dan Pok Nik. Sahabat lain yang turut menyumbang ialah Cikgu Tuan Juhaida dan Zaki dari Switzerland.

Sele & Kamal


Sele & Inspektor Mejoe


Sele & Zul Korok


Semoga Sele berbahagia hingga ke anak cucu. Tahniah!

No comments: