
Assalamu'alaikum Wbt..
Pada tanggal 27 Ogos 2008 bersamaan 25 Syaaban 1429, tepat jam 12.10 tengahari insan yg paling kami sayangi telah pergi bertemu Tuhan yg menciptakannya, Allah yg telah memberi dirinya sebagai pinjaman teristimewa buat kami sekeluarga, Airyz Hanum Bt Haji Ahmad.
Sama2 kita doakan roh Anum tenang dan bahagia di sana dan di tempatkan bersama hamba2ALLAH yg bertaqwa, Amin.



Dan doakan kami sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian dr ALLAH ini dan mendekatkan lagi diri kami dgnNya. Biarpun rindu kami tidak tertanggung lagi buat dirinya, kami redha. Pemergian Anum adalah takdir yang telah ALLAH tuliskan buat dirinya dan kami sekeluarga. Kami berdo'a agar kami sekeluarga akan bersatu di JannahNya sebagai hamba2Nya yg dikasihi ALLAH. Hadiakan jutaan do'a dan alFatihah buat roh Anum agar arwah sentiasa tenang bersama2 Allah di alam baqa'.

Anum adalah adik kami yg paling kami kagumi kerana dia merupakan insan yg paling tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ALLAH terhadap dirinya, arwah tidak pernah mengadu atau mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu sebagai dugaan buat dirinya. Anum merupakan anak yg solehah, hamba yg taat pada perintah ALLAH, sahabat yg baik utk semua. Betapa pun kami sayang pada dirinya, kami tahu ALLAH lebih jauh menyayangi dirinya drpd kami.


Segenggam tabah dipertahankan, kami pohon padamu ya ALLAH, satukan kami sekeluarga di jannahMu kelak. Berilah kami segunung dan selautan kekuatan utk memulangkan pinjaman yg paling bernilai buat kami. Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang utk mengenali, mengasihi dan menyayanginya. Rindu kami buat Anum sudah tak tertanggung lagi tetapi kami tahu Kau lebih menyayangi dia. Kami redha atas segala takdir yg telah disusun indah buat kami sekeluarga.

Anum,
Tenanglah jiwamu bersama ALLAH di sana, kau telah menjalankan tugasmu sbg hambaNya yg beriman selama kau hidup di dunia ini. Ketabahan dan kekuatan menjadi sumber inspirasi buat kami meneruskan perjuanganmu dalam kehidupan yg fana ini. Semoga kita akan bersua kelak bersama2 golongan yg ALLAH kasihi. Ketahuilah, kami sayang dan kami bangga dgn dirimu. Ingatan kami kepadamu akan kekal hingga ke akhirnya.
Kami yg menyayangimu kerana ALLAH,
Mak, Kak Honey, Abg Mie, Uda, Anjah, Danish & Iman