Sunday, August 31, 2008

Doa buat Adinda Kami - Airyz Hanum Bt. Hj. Ahmad



Assalamu'alaikum Wbt..
Pada tanggal 27 Ogos 2008 bersamaan 25 Syaaban 1429, tepat jam 12.10 tengahari insan yg paling kami sayangi telah pergi bertemu Tuhan yg menciptakannya, Allah yg telah memberi dirinya sebagai pinjaman teristimewa buat kami sekeluarga, Airyz Hanum Bt Haji Ahmad.
Sama2 kita doakan roh Anum tenang dan bahagia di sana dan di tempatkan bersama hamba2ALLAH yg bertaqwa, Amin.







Dan doakan kami sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian dr ALLAH ini dan mendekatkan lagi diri kami dgnNya. Biarpun rindu kami tidak tertanggung lagi buat dirinya, kami redha. Pemergian Anum adalah takdir yang telah ALLAH tuliskan buat dirinya dan kami sekeluarga. Kami berdo'a agar kami sekeluarga akan bersatu di JannahNya sebagai hamba2Nya yg dikasihi ALLAH. Hadiakan jutaan do'a dan alFatihah buat roh Anum agar arwah sentiasa tenang bersama2 Allah di alam baqa'.



Anum adalah adik kami yg paling kami kagumi kerana dia merupakan insan yg paling tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ALLAH terhadap dirinya, arwah tidak pernah mengadu atau mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu sebagai dugaan buat dirinya. Anum merupakan anak yg solehah, hamba yg taat pada perintah ALLAH, sahabat yg baik utk semua. Betapa pun kami sayang pada dirinya, kami tahu ALLAH lebih jauh menyayangi dirinya drpd kami.





Segenggam tabah dipertahankan, kami pohon padamu ya ALLAH, satukan kami sekeluarga di jannahMu kelak. Berilah kami segunung dan selautan kekuatan utk memulangkan pinjaman yg paling bernilai buat kami. Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang utk mengenali, mengasihi dan menyayanginya. Rindu kami buat Anum sudah tak tertanggung lagi tetapi kami tahu Kau lebih menyayangi dia. Kami redha atas segala takdir yg telah disusun indah buat kami sekeluarga.



Anum,
Tenanglah jiwamu bersama ALLAH di sana, kau telah menjalankan tugasmu sbg hambaNya yg beriman selama kau hidup di dunia ini. Ketabahan dan kekuatan menjadi sumber inspirasi buat kami meneruskan perjuanganmu dalam kehidupan yg fana ini. Semoga kita akan bersua kelak bersama2 golongan yg ALLAH kasihi. Ketahuilah, kami sayang dan kami bangga dgn dirimu. Ingatan kami kepadamu akan kekal hingga ke akhirnya.

Kami yg menyayangimu kerana ALLAH,
Mak, Kak Honey, Abg Mie, Uda, Anjah, Danish & Iman

8 comments:

ann said...

dah berape lame arwah sakit?sejak bile arwah mengidap penyakit tu?

Wan Mohd Fahimi said...

salam ann,
kenal arwah ke? kiranye dah lama cumanye lambat diagnose. tahu2 dah teruk. kiranye start detect bulan june ari tu.

fariz said...

acid,
again, takziah buat u and family. Its really a trying time right now.. semoga amalan di bulan berkah ini akan sampai tempiasnya pada arwah.

maybe in ur later posts, you can enlighten or educate us with your sisters sickness. symptoms, and maybe what should be quickly done to prevent it. Hopefully this will educate the others...

Wan Mohd Fahimi said...

yup fariz,
i will do that. tunggu things settle down a bit kot. well, life must go on right? i alwayz have faith that allah tahu apa yg terbaik utk kita. maybe it's the best utk arwah jugak. dari dia menderita sakit...

al-fatihah.

zinnirah humaira' said...

salam,,,
salam takziah buat abg sekeluarga,,
saya kakak angkat arwah masa smk puteri wilayah dulu,,
kemudian arwah pindah,,,
saya n arwah berhubung semula dalam awal tahun lepas,,,
saya amat terkilan bila saya tak tau langsung sal arwah,,tapi saya redha,,
bila saya tanya kat arwah dia cakap dia sihat sangt..saya kenal arwah bukan jns nak ckp bila sakit,,masa sek dulu pun saya jaga dia bila dia sakit,,masa makan ubat,,tapi tak sangka ksihatan dia makin teruk..
leh tak abg bagi alamt umah arwah sebab kami rakan2 di pteri wilayah nak menziarahi mak arwah,,sala hanya ada alamt umah yang lama

lieya_dolphin said...

salam....
sye ketua pengawas merangkap rakan airyz di teknik dl...
mmg dl die slalu sakit...
tp tak sangka terlalu cpt die pergi meninggalkan kami semua....
rase mcm br sekejap kami berkenalan...
airyz merupakan seorang shabat yang manja...semoga rohnya tenang di sana...

Wan Mohd Fahimi said...

liyana,
sori, lambat reply. x prasan ur comment here. abg dah email alamat kitorang kat ur mail. ada masa singgah la ye? thanx.
i'm glad to hear that you're a very close friend of airyz. doakan allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, insya allah.

lieya,
amin.
yup, airyz is a very special someone. thanks.

Unknown said...

salam.....
saye amir...dulu pnah besama ngan airyz...n saye bnyk luka kn atie dia...sampai skrang syy stil syg dia...rase basalah sgt...sy minta maaf pd semua ahli kluarga airyz..nama sy n dia ade pada patung masimaro putih...belakang love..