Thursday, June 23, 2011

Bahana Piala FA!

Semalam lepas balik dari An-Nur, aku mencuri masa untuk memeriksa markah kertas ujian pertengahan penggal Bahasa Melayu anakanda Danish Haiqal. Termenung aku sejenak, sambil tengok 'tuan punye paper' yang dah terbongkang tidur kat depan TV, menunggu ayah nye balik. Kenapa tiba2 kuat pulak pengaruh loghat Terenganu dalam penulisan Danish ni?

Soalan : Isikan tempat kosong bagi gambar-gambar yang diberikan berikut:-


Jawapan Danish : Jarung



Jawapan Danish : Rambutang



Jawapan Danish : Anak Ayang


Agaknye ni penangan Piala FA ari tu kot? Haha... Pastu ada satu lagi jawapan Danish yang kena pangkah besar2 kat cikgu dia. Soalan simpulan bahasa.

Soalan : Tuliskan simpulan bahasa yang betul untuk gambar-gambar yang diberikan seperti dibawah.


Jawapan Danish : Kaki Kerusi!

Tuesday, June 21, 2011

I'm no Jerry Maguire!



I guess after reading that title there, you'll be taking a deep breath and a sigh full with concentrated CO2. I'm no Jerry Maguire! At least, now I get the feeling during the scene in the movie Jerry Maguire, the eponymous character played to perfection by Tom Cruise when he said and almost beg, "Help me, help you"!

How do we help someone who doesn't want to help himself or herself? We don't! I guess I can say that. But to react that way is like giving up on that person. At some point in your life, things will come back at you and somehow you need to settle the issue rather than ignoring it.

The truth is, at this point of time, I have no answer to that. Dear Allah, please give me the courage to withstand this test! Amin.

Monday, June 20, 2011

Pencen



Dah kena pencen kot dari dunia blogging ni. Tengok kepada entry yang adakalanya pasang surut, dengan komitmen masa utk kerja dan keluarga, 'melomahkan' lagi smangat yang dulunya berkobar-kobar utk update dalam blog ni. Boleh dapat elaun pencen tak? Hmphhh..

Nature kerja yang baru menuntut pengorbanan yang lebih dari segi masa especially to drive every morning taking the SKVE route, and head to Shah Alam. Dah dekat Maghrib baru sampai rumah. Less quality time with the kids when it comes to weekdays.

Kadang2 pagi sabtu, Danish yang baru nak bangun tido n tengah mamai boleh tanya, "Ayah kerja jugak ke hari ni?". And how he would smile when I replied, "Tak, ari ni sabtu. Ayah cuti". Ouchhh...

Thursday, June 16, 2011

Pohon Hidup


Alhamdulillah, kita kembali semula ke sharemotivasi- sentuhan Qalbu.

Ingin sekali saya berkongsi pengalaman untuk kebaikan kita bersama. Mudah-mudahan, kita dapat memiliki sesuatu dalam artikel kali ini.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita istiqhfar kepada Allah swt.

Sharemotivasi- Sentuhan Qalbu kali ini ingin mengupas sesuatu yang ada dalam diri kita. Bukan sedikit, tetapi besar ertinya kedalam hidup kita sebagai seorang hamba Allah.

Mencari dan terus mencari, ungkapan yang selalu kita dengari. Tetapi sejauh mana kebenaran yang kita cari itu. Adakah ia tersasar? Ataupun terpesong dari simpangnya..
Sama-sama kita ikuti artikel ini.

Kehidupan yang selama ini kita cari selalu terletak pada satu dasar dimana diatasnya pudar, dibawahnya kepincangan. Kebahagian yang dicari manusia menerusi material, kemegahan laksana pohon-pohon muda yang tumbuh sesaat, berbuah sesaat, berbunga sesaat lalu apabila ditiupkan angin badai yang menimpa, pohon-pohon muda itu hilang kekuatan akarnya, menjadi rapuh umpama biskut yang dipijak-pijak, lalu ia menjadi debu-debu yang halus bertebaran jauh ke langit.

Kemudian, kita menangis, mencari tisu untuk merawat duka, tapi akhirnya, berdarah sentiasa mengalir, umpama hilang faktor clotting dalam darah.. Terus mengalir dari jiwa yang pening hingga meresap ke dalam botol akal fikiran.

Lalu kita cepat-cepat membuat keputusan, memikirkan sejenak mengenai masa hadapan hingga tergambar di bayangan minda, rumah idaman, kereta besar, pangkat yang tinggi yang akhirnya kita merasakan ia adalah kebahagiaan yang perlu kita kecapi.

Sesaat kita mendapat gelaran pangkat yang tinggi, hati kita selalu merasakan ia masih tidak mencukupi. Namun, diri kita tidak pernah kenal erti cukup dalam dunia maya ini. Kita terus mengejar dan mengejar sehingga berjaya mendapat pangkat yang lebih tinggi. Tiba-tiba badai musibah mengusik kita, datang tanpa diundang dalam rumah hati kita. Kita menjadi kaku dan layu, umpama cell-cell pohon dalam hati menjadi rapuh lalu terurai menjadi pohon tua yang menunggu masa menyembah bumi..
Inilah gambaran pohon hati yang sudah rosak.. Akarnya tidak disirami dan dibajai, sesaat berbuah tetapi hancur. Itulah gambaran kebahagian sesaat.

Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing. Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita? Sudahkan selama ini hidup kita menjadikan kehidupan kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah?
Sudahkan kita ikhlaskan diri kepada Allah? Tepuklah akal kita supaya ia berfikir untuk diri kita.

Ketika kita pergi ke sekolah mahupun universiti, adakah kita telah mendidik pohon hati kita bahawa ijazah yang bakal dimiliki itu bukan untuk kita menjulang gelaran tetapi sesungguhnya demi pengabdian kita kepada Allah swt?

Cubalah kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri. Mari kita lihat:
Kemana selama ini, umur kita telah habiskan? Kemana selama ini, kehidupan kita selama ini berikan?

Lihatlah diri kita ketika musibah itu datang. Berapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah. Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..

Kita tak menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah. Hati kita yang saat itu tak mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.
Bahkan akal keimanan kita dalam kehidupan kita sudah kering dan mati.

Dan kitalah orang muda yang lupa kehidupan ini untuk apa.

Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah. Mari kita memohon ampun kepada Allah...
Astaghfirullah.

Para pembaca sekalian yang dirahmati Allah...

Mungkin ketika kehidupan kita kering, kita sedar bahawa kebahagian material dan duniawi itu semua hanya sesaat dan kebahgiaan sebenar-benarnya adalah ketika kita menanam akar kecintaan kita kepada Allah, yang tumbuh masuk ke dasar hati.
yang kemudian yang tumbuh tinggi menjadi pohon kehidupan, yang menghasilkan buah kebahagian yang selamanya kerana, kita merasakan Allah bersama kita, Allah menaungi kehidupan kita, Allah menjaga dirimu setiap saat meskipun ujian datang silih berganti maka, mudahan-mudahan kita semua sama-sama dapat menyedari dan menyakini,
jadikan Allah cita-cita hidup kita yang paling utama, nescaya Allah menjaga kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Daripada riwayat Abu Zar, Rasululullah SAW bersabda:
"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,
Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani,
Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam,
Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat Mengetahui dan Maha Melihat apa yang kita lakukan,"


Oleh itu, segala yang kita lahirkan dari hati kita, dari perbuatan kita, lakukankanlah kerana Allah SWT, bukan untuk kemegahan dan keagungan yang kita cari,
tetapi semata-mata kepada Allah. Kerana keagungan kita akan ada bila Allah redha kepada kita.

Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini, ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan. Tumbangnya pohon itu, maka ranaplah kehidupan kita. Mudah-mudahan, kita diredhai Allah. Semoga Allah mengampuni kita semua, Amin.