'Ingat-ingat Air Di Ruang'. Ni antara pantun yang menjadi pegangan arwah ayahanda Hj Ahmad. Pantun ni sebagai peringatan dan pedoman dalam kehidupan seharian. Pantun berkisar kepada hubungan adik beradik dan sahabat handai yang boleh berpecah belah hanya kerana wang ringgit dan harta benda. Bila wang dan harta diagungkan melebihi segala-galanya, betapa rendah letaknya penilaian akal dan nafsu manusia sehinggakan hubungan kekeluargaan dan persahabatan tidak lagi bermakna apa-apa. Sama-sama kita jadikan iktibar. Akan kami ingat pesananmu ayahanda. Al-Fatihah.
Ingat-ingat air di ruang
Wang ringgit jangan dibuang
Kalau wang tiada di pinggang
Kawan yang rapat menjadi renggang
Adik beradik berlaku curang
Saksikan 'Ingat-ingat Air Di Ruang' live oleh Danish Haiqal :-
(something's wrong with the video attachment. I will update later!)